Kelas e-Learning & Kempen KDB bersama Pelajar Tahun 6

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas e-Learning & Kempen KDB ini telah diadakan pada hari Jumaat, 5 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada pembelajaran secara atas talian ataupun e-Learning. Mereka dididik tentang apa itu e-Learning serta kebaikannya. Melalui e-Learning, mereka boleh mengakses maklumat dan mengulangkaji pelajaran yang mereka perlu dan mengikut minat masing-masing secara percuma. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan pemahaman tentang subjek pembelajaran mereka.

Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada laman quizizz.com. Para peserta juga diberi peluang untuk mencuba menjawab soalan-soalan kuiz yang terdapat dalam laman web tersebut.

Disamping itu, taklimat ringkas Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik ‘Oversharing’ turut diadakan bagi mendidik para peserta agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya secara berlebihan di laman sosial mereka supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 1 jam bermula dari 4.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali